Saturday 2 July 2011

13 Permintaan Suci 1.3


1. Menghadkan waktu keluar dari rumah/tempat tinggal/alamat ibu atau bapa.
i. Warganegara jantina lelaki berumur kurang 17 tahun tidak dibenarkan keluar dari dari rumah atau tempat tinggal atau alamat ibu atau bapa atau perkara sama seperti dimaksudkan selepas jam 11 Malam tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.
ii. Warganegara jantina perempuan berumur kurang 19 tahun tidak dibenarkan keluar dari rumah atau tempat tinggal atau alamat ibu atau bapa atau perkara sama seperti dimaksudkan selepas jam 11 Malam tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.

2. Melarang penggunaan telefon bimbit di kalangan warganegara berumur kurang dari 16 tahun.

3. Menaikkan had bawah umur bagi warganegara jantina perempuan pada umur 19 tahun dan lelaki 18 tahun.

4. Pendaftaran kad pengenalan myKad bagi warganegara secara automatik ketika umur 12 tahun, dan myKid sebaik sahaja mendaftar kelahiran.

5. Menaikkan had umur pembeli rokok.

6. Mengemaskini waktu pembelajaran dan pendidikan di sekolah kebangsaan.
i.Tadika/prasekolah maksima 5 jam sehari.
ii.Sekolah rendah maksima 8 jam sehari.
iii.Sekolah menengah maksima 10 jam sehari.

7. Pendidikan Moral dan Agama Islam adalah subjek wajib di sekolah rendah dan menengah kebangsaan serta perkhidmatan guru cemerlang dan bergred tinggi untuk dua matapelajaran ini.

8. Menilai semula rekabentuk pakaian seragam sekolah menengah jantina lelaki dan perempuan.

9. Penggunaan telefon bimbit untuk pelajar di sekolah dan sepanjang waktu persekolah adalah kesalahan besar di sekolah.

10. Menaktakan kesalahan berpakaian menjolok mata atau mengganggu keselesaan atau yang sama maksud pelaku di tempat awam untuk warganegara.

11. Menambah had umur pengguna/pemandu dan pemohon lesen kenderaan.

12. Menghad dan memantau perindustrian institusi pengajian swasta untuk semua bidang.

13. Menetapkan had umur maksimum untuk warganegara menganggur atau tidak bekerja selain dari pelajar, OKU dan warga emas. .

1 comment: