Saturday 25 June 2011

Surat Khabar

Tiap-tiap Usop mesti ke kedai runcit 24 jam di sebelah kedai mamak membaca surat khabar di situ.

Budak-budak kerja di kedai runcit tu dah kenal sangat dengan mukanya. Bilang hari. Kalau ada hari yang dia tak pergi, mesti hari itu dia berduit sikit minum pagi di kedai Pak Rodi yang ada semua jenis surat khabar.

Bukan dia tak mahu beli, tapi rasa membazir juga nak belanja benda yang boleh dapat percuma. Seringgit setengah sehari kalau sebulan sudah empat puluh lima ringgit pergi ke surat khabar. Empat puluh lima ringgit tu baik dibuat bayar api dan air dari membeli benda sekejap pakai sekejap buang.

Hari ini dia ke kedai runcit lagi, menengok berita-berita dalam negeri.

Berita pasal video lucah kepala parti pembangkang tajuk besarnya. Tajuk berita saja sudah dekat sama besar dengan tajuk suratkhabar.

Usop geleng kepala perlahan. Hari ini hari sabtu. Dia ambil surat khabar yang saiz jumbo. Besar benar saiznya, lebih kurang sama besar saiz meja warung Pak Rodi.

Dia buka mukasurat paling belakang. Sehelai, sehelai.

Sampai ke muka surat yang dia cari. Di bahagian bucu surat khabar, Usop meniliti beria sungguh. Berkerut-kerut dahi. Kalau menengok dari kerutnya serupa macam membaca berita negerinya ini nak kene serang jepun lagi sekali.

Pap...

Usop jentik surat khabar.

Budak kerja kedai runcit pandang ke Usop.

"hah, belanja rokok sekotok bang usop," tegur budak kerja kedai runcit itu.

"Belanja mendenya, minum kawan pun tak lepas pagi ni," jawab Usop sambil lipat semula surat khabar lalu letak semula di tempat dia ambil tadi.

"Kawan memang nok beli dah nombor tiga tu, tapi kawan mikir ke nak minum teh, ni ha dua ringgit," Usop menunjuk wang syiling 50 sen ke budak kerja kedai runcit itu sambil berlalu keluar.

Wednesday 22 June 2011

Suci 1.3

"Peh, gila ah, dol.. Ni meh tengok ni.." Karim panggil kawan yang tengah ralit benar gayanya membaca akhbar tabloid sambil duduk silang kaki.

"Natang ape lagi, aku dok nengok mende-mende lucoh ni," Dolah bangun dari duduknya yang sedap pergi dekat . Akhbar tabloid itu digenggam sampai jadi abu. Karim menunjuk-nunjuk dengan jari ke skrin komputer. Beria sungguh.

"Guane aku nok bace, tunjuk gune keser tu doh la," kata Dolah sambil tampar jari telunjuk Karim dengan lebih-lebih akhbar yang dah jadi abu tadi.

Karim tersengih-sengih sambil pegang maus, lalu menunjuk ke benda yang dia nak tunjuk sangat tadi.

"Ni, perhimpunan Cuci ni gempak ni, 3 juta orang wo... Aku nak gi, aku nak gi..." jelas Karim pada Dolah, ser upa la kawan tu tak reth baca sendiri.

"Ni, perhimpunang nok mitok mende pulok," tanya Dolah bila menengok Karim macam dah terlupa nak turunkan page laman web tu.

"Ni, Khairul Ibrahim la, anak Ibrahim Bakar presiden Resakse tu nak mintak Kementerian undi, boleh mengundi guna sms, mengundi online, undian poll di fanpage fesbuk sah..." terang Karim panjang lebar. Mentang-mentang dah hafal.

Dolah terangguk-angguk dengar penerangan Karim.

"Buleh gi jugok ni," kata Dolah angguk tak berenti-renti, "Eh, mu umur berape doh?"

"24," jawab Karim tenang.

"baguh la tu, acu tera cek aku punya daftar mengundi doh masuk ke belung dekat fanpage fesbuk kementerian undi tu," kata Dolah.

Karim yang ralit membaca blog MalaysiaSkunkJuga berpaling memandang Dolah.

Karim tengok Dolah.

"Tengok aku bakpenye, bukok la," kata Dolah.

"Nak mengundi kene daftar ke," tanya Karim sambil tersengih-sengih garu kepala.

Dolah perlahan-lahan jalan mengundur berlalu dari belakang Karim terus ke peti ais. Di peti ais Dolah termenung sendirian.

Cakap budak Lanchang

Cakap budak Lanchang adalah sebuah laman blog yang baru daftar kelmarin. 20.6.11.

Blog ini dalam perangcangannya mahu diisi dengar cerita-cerita parodi politik negara kita.

Isu hangat dijenakakan sinis. Sampai ke tak pada pembaca, lantak la. Tapi dia punya sinis, setakat senyum kambing tu boleh lagi tapau.

Sekarang tengah hot aaa? Bersih kan? Ok.. Ok..

Tuesday 21 June 2011

Surat terbuka untuk perhimpunan bersih 2.0

Kepala,
Bersih 2.0,
Kolumpo.

Per :
Jaga kebersihan bandaraya kita.

Berhubung perkara di atas saya selaku blogger memohon pihak tuan agar mengarahkan para peserta perhimpunan agar menjaga kebersihan di sekitar kawasan perhimpunan.

2. Memandangkan jumlah peserta yang dijangka adalah ramai, kemungkinan besar cawan kertas, kotak dan puntung rokok, plastik keropok lekor, plastik cikedis, botol air, air liur, air fru, gas pemedih mata serta kulit dan kuku manusia tergeser di jalanraya bakal bersepah-sepah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak tuan agar barang-barang tinggalan tersebut clear atau dijadikan arca seni sebagai bukti perhimpunan yang menjadi sejarah negara.

3. Selain itu, bunga-bunga, daun, pokok serta perhiasan tepi jalan seperti meja kedai makan mamak, garisan parking, mesin tiket parking, ulat jaga parking dan sebagainya juga perlu dijaga.

4. Saya mencadangkan agar pihak kepala perhimpunan memberi arahan kepada peserta untuk melakukan khidmat komuniti di sekitar kawasan perhimpunan. Jika peserta adalah 300k, seorang kutip 2 sampah dan simpan dalam poket kiri dan kanan sudah 600k sampah berjaya diselamatkan.

Saya sebagai blogger berasa bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keindahan sekitar bandaraya tercinta. Besar harapan saya sekiranya pihak tuan dapat menjaga kebersihan di kawasan terbabit.

Sekian, cinta Kuala Lumpur.


Yang benar,

Mat,
Blogger Cakap budak Lanchang.

Monday 20 June 2011

Ibrahim Ali

Siapa Ibrahim Ali.

Dia kepala PERKASA, kependekan dari PERtubuhan Kekonon pendekAr malaySiA. Dia juga ahli parlimen terbuang di salah salah satu parlimen di Kelantan.

Seorang yang gemar bercakap macam orang gila talak. Tak sudah nak sembang pasal bangsa. Dia tu sembahyang jumaat pun entah 3 minggu sekali je. Itu pasal bebal macam budak kelas cempaka.

Kemungkinan besar dia juga adalah salah seorang ahli Al-Maunah yang tak sempat tamat belajar lalu gila isim jenis bangsa tak tentu pasal.

Selalu cari pasal dengan cina, mungkin berkait rapat dengan sejarah silam beliau yang gemar membeli tikam kuaci namun tak kena-kena di kedai Ah Wang, seorang cina tauke kedai runcit yang perasan melayu bila pelanggannya memanggil Awang.

Dendam beliau dengan kaum india pula mungkin berkait rapat dengan peristiwa beliau tersepak kaki seorang india ketika bermain yang menyebabkan beliau retak tulang keting sehingga ke hari ini.

Penglibatan beliau di dalam arena politik Malaysia (baca Mesia) bermula ketika era rejim Maha-dey, yang kesiankan beliau yang sering dilihat berucap hal-hal ketuanan seorang diri di restoran mamak dan masjid-masjid sekitar ibu negara. Bertitik tolak dari situ, beliau bermula dari bawah dengan menjadi tukang pasang speaker dan amp di ceramah-ceramah maha-dey selain bertugas mencari sub-kontrek penyedia karipap dan mee hoon mesyuarat selepas ketiadaan anwar ibrahim.

Perjuangan ketuanan bangsa ibrahim ali dijangka bakal menjadi sebutan dan tercatat dalam sejarah negara setelah pertukaran kerajaan kepada PKR lalu beliau menjadi pertubuhan pendesak yang gemar tunjuk perasaan selepas solat jumaat di sekitar ibukota. ISA yang sudah dibubar ketika itu menjadi kelebihan kepada pertubuhan mereka. Beliau ditangkap secara kuku besi ketika menunggang motosikal dan dituduh mat rempit.