Tuesday 13 September 2011

Meloya - PM lancar Universiti Perdana : Universiti tempat belajar, bukan tempat beromen

PM lancar Universiti Perdana - Melouya

 

SERDANG 12 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Universiti Perdana dan mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua-dua sekolah perubatan universiti itu.
Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI), kata Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini diumumkan sebagai Canselor pertama universiti itu.
Dalam ucapannya, Najib menyifatkan pembukaan universiti itu di sini sebagai langkah yang dapat meletakkan Malaysia dalam peta dunia bagi menyediakan pendidikan dan penyelidikan serta perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia.
“Saya berharap bahawa dalam usahanya mencapai tahap bertaraf dunia itu, universiti ini akan berusaha menjalin hubungan dengan institusi tempatan dan bakat-bakat tempatan,” katanya.
Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi di sini sementara menunggu kampus tetapnya siap pada 2013.
PUGSOM menawarkan buat pertama kalinya di Malaysia, program kemasukan mahasiswa selama empat tahun berdasarkan kurikulum Amerika Syarikat, dengan kerjasama Sekolah Perubatan University Johns Hopkins.
Sekolah Perubatan PU-RCSI pula menawarkan program lima tahun berdasarkan kurikulum konvensional, dengan kerjasama Royal College of Surgeons di Ireland.
Najib berkata, universiti baru itu, yang disifatkannya sebagai hasil satu kerjasama berpandangan jauh antara konsep perkongsian awam-swasta kerajaan dan sektor korporat, merupakan satu mercu tanda buat Malaysia. - tiewnama


LAGI MAHU BUAT UNIVERSITI? LAGI RAMAI BUDAK FELDA ISAP SYABU. Kah kah kah. 


LAGI RAMAI MAKWE DARA BERANAK ANAK JIN KOLUMPO. Kah Kah Kah!


UNIVERSITI ini univerSITI apa? 


Universiti ini sama dengan universiti Dr. Fazley kah? 


Universiti ini tenaga pengajar dari negara mana? 


Bukanke negara kita tengah tak cukup tenaga pengajar? Import tenaga pengajar dari bangladesh. Profesor siang ajar kuliah, malam kerja angkat order kedai mamak? 


Universiti dekat negara ni dah macam bengkel motor. Universiti ini sama macam sintokkah? Atau macam unikolumpo? 


Ini univerSITI dalam kawasan kilang. Pelajar nak macam mat dan minah kilang. haha.


Awang itam jual jam pun ramai belajar sini. 


Ini universiti bangla ajar bahasa inggeris.


Ini universiti CEO pandu BMW. 


Ini universiti cari makan. MAKAN DUIT PTPTN, yang KAYA CEO


nota : PROFENIN JENAL KELING TU MENGAJAR DI UNIVERSITI MANA? KAH KAH KAH

Ini Professor. Bukan pegawai cap jari. Kah kah kah.

Saturday 10 September 2011

Cukai product prepaid dan kad sim 6% : Bukan salah kerajaan?.

DARI BLOG TRANQUILITY TRONOH

Tapi siapa yang baca suratkhabar Utusan Malaysia hari ini akan diberitahu seolah-olah bahawa cukai perkhidmatan 6% ini kerja syarikat telekomunikasi
bukan kerajaan. Dan siapa yang tengok Buletin Utama sebentar tadi pastinya maklum bahawa Perdana Menteri 1Malaysia tanpa rasa bersalah berkata bahawa kerajaan tidak pernah meluluskan cukai perkhidmatan 6%. - petikan blog Tranquility Tronoh'

CAKAP BUDAK LANCHANG.

Betul.
Utusan Meloya betul.
Belitin Utama pun betul.
Mat Monggol pun tak tipu.
Ini bukan kerja kerajaan.
Ini bukan untuk PRU 13 yang macam orang tua duduk sembang dekat kedai kopi.

Apa yang tipunya. Tak ada tipu semua betul. Ini memang kerja kompeni telco. Ini kerja tim kompeni telco.

Jangan lupa. Dalam gerombolan sekarang ini ada tim yang mahu tolak bini rosmah. Tim ini tak suka dengan betina takut suami. Tim ini benci dengan betina tak ada kotey.

Jangan lupa tim ini banyak bisnesman. Tim yang mahu bunuh bini rosmah ini orang meniaga. Tim ini banyak duit.

Tim ini boleh jadi guna tim orang meniaga line telefon ini untuk buang najib bini rosmah. Bila tim ini jadi 1 tim, mereka boleh buat orang jadi susah. Mereka boleh bikin 1malaysia bini rosmah kelam kelibut.

Sekarang bini rosmah sudah kelam kelibut. Anak muda fesbuk mula buat tim-tim tak suka untuk orang suka di fesbuk. Anak muda yang ramai pakai kad tambah nilai ini sudah mula bising-bising. Mula-mula kena tipu masa belajar sejarah tingkatan empat. Lepas itu, untuk mesej pakwe, makwe, dan tim blekberry sudah kena cukai untuk tambah nilai. Anak muda ini tak ada duit. Duit sudah habis beli henfon mahal. Duit sudah habis beli minyak motor.

Bini rosmah sudah takut.
1malaysia sudah marah.
Lalu, Tim gerombolan yang mahu buang orang takut laki ini sedang ketawa.
KAH KAH KAH.

Monday 29 August 2011

Seekor beruk tua

Tak pernah ada di mana-mana negara dalam dunia yang mengamalkan sistem demokrasi untuk memilih pemerintah, satu parti dapat memerintah lebih 50 tahun. Tak pernah.

Demokrasi cara kumpulan beruk hutan. Bila seekor ketua beruk dah rasa dia tak mampu lagi nak jadi ketua, dia akan pilih mana-mana beruk jantan muda yang berkaliber dan berkepimpinan. Beruk tua ini akan berlawan dengan beruk muda yang dia pilih itu untuk ujibakat. Sudah dia kalah. Kalau beruk tua ini menang, dia akan cari beruk muda lain.

Bila beruk tua ini sudah jumpa beruk muda yang layak jadi ketua kepada kumpulan, beruk tua ini akan berundur dengan sendiri.

Beruk tua ini kemudiannya akan berkelana seekor diri. Dengan ilmu penuh di dada seekor beruk tua ini bukan calang beruk tua.

Inilah yang orang takut, beruk tunggal, taring panjang sejengkal.

Kalau jumpa beruk tua seekor di tepi jalan, jangan cuba mengacah. Beruk ini beruk garang.

Sudah lama kita kena tipu.

Ya, dah lama. Sudah lebih 50 tahun.

Bila dah lebih sangat menipu, ada orang marah. Masa dulu, tak ramai orang marah, pasal orang tak tahu kena tipu. Kena tipu akan membangkitkan perasaan marah.

Sekarang dah ramai orang tahu itu cerita menipu.
Sekarang dah ramai orang marah.
Sekarang penipu akan kena halau oleh orang yang kena tipu.

Dulu tak ramai orang berani.
Mungkin, kita ada Hishamudin Rais, kita ada punkers bernama Fahmi Reza yang buat dokumentari 10 tahun sebelum merdeka dan Revolusi '48 yang sangat berani.

Tapi orang tak kenal mereka siapa. Orang tak tahu siapa mereka. Orang tak pasti mereka ini betul ke menipu.

Tapi hari ini, di bulan Ramadhan yang mulia ada seorang ikon, dikenali, dan dijadikan sumber inspirasi yang dengan berani bangun dan bersedia berborak tentang hal yang menjadi pantang dan taboo sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Tahniah orang yang beranin itu.

Thursday 18 August 2011

Putus air

Lanchang tak ada air sudah 4 hari?

Nak mengadu?

Nak komplen?

Kah kah kah.

Jap aku pergi post dekat wall Dato' YB tengok ada respon ke tak.

Dia sibuk sangat iftar sana sini sambil-sambil lobi nak jadi calon MB Pahang tu gayanya.

Monday 15 August 2011

Agama Politik

Agama.

Bila terkena tempias politik. Ada pula kepentingan politik.

Sejahat manusia boleh tok imam.

Itulah politik.

Orang tua-tua kata, jumpa ular - jumpa orang politik - ketuk orang politik dulu.

Saturday 13 August 2011

Bangsawan dan Kebanyakan

Betul juga aku dengar kata Tuan Guru Nik Aziz,

dari yang pertama PM kita bukanlah dari golongan rakyat biasa yang tahu dan pernah merasa keluh kesah rakyat, semua golongan bangsawan dan istana kecuali Mahathir.

Itu pun Mahathir bukan Melayu.

Melayu? Asyik kena tipu pemimpin sajalah.

Saturday 2 July 2011

13 Permintaan Suci 1.3


1. Menghadkan waktu keluar dari rumah/tempat tinggal/alamat ibu atau bapa.
i. Warganegara jantina lelaki berumur kurang 17 tahun tidak dibenarkan keluar dari dari rumah atau tempat tinggal atau alamat ibu atau bapa atau perkara sama seperti dimaksudkan selepas jam 11 Malam tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.
ii. Warganegara jantina perempuan berumur kurang 19 tahun tidak dibenarkan keluar dari rumah atau tempat tinggal atau alamat ibu atau bapa atau perkara sama seperti dimaksudkan selepas jam 11 Malam tanpa pengawasan ibu bapa atau penjaga.

2. Melarang penggunaan telefon bimbit di kalangan warganegara berumur kurang dari 16 tahun.

3. Menaikkan had bawah umur bagi warganegara jantina perempuan pada umur 19 tahun dan lelaki 18 tahun.

4. Pendaftaran kad pengenalan myKad bagi warganegara secara automatik ketika umur 12 tahun, dan myKid sebaik sahaja mendaftar kelahiran.

5. Menaikkan had umur pembeli rokok.

6. Mengemaskini waktu pembelajaran dan pendidikan di sekolah kebangsaan.
i.Tadika/prasekolah maksima 5 jam sehari.
ii.Sekolah rendah maksima 8 jam sehari.
iii.Sekolah menengah maksima 10 jam sehari.

7. Pendidikan Moral dan Agama Islam adalah subjek wajib di sekolah rendah dan menengah kebangsaan serta perkhidmatan guru cemerlang dan bergred tinggi untuk dua matapelajaran ini.

8. Menilai semula rekabentuk pakaian seragam sekolah menengah jantina lelaki dan perempuan.

9. Penggunaan telefon bimbit untuk pelajar di sekolah dan sepanjang waktu persekolah adalah kesalahan besar di sekolah.

10. Menaktakan kesalahan berpakaian menjolok mata atau mengganggu keselesaan atau yang sama maksud pelaku di tempat awam untuk warganegara.

11. Menambah had umur pengguna/pemandu dan pemohon lesen kenderaan.

12. Menghad dan memantau perindustrian institusi pengajian swasta untuk semua bidang.

13. Menetapkan had umur maksimum untuk warganegara menganggur atau tidak bekerja selain dari pelajar, OKU dan warga emas. .

Saturday 25 June 2011

Surat Khabar

Tiap-tiap Usop mesti ke kedai runcit 24 jam di sebelah kedai mamak membaca surat khabar di situ.

Budak-budak kerja di kedai runcit tu dah kenal sangat dengan mukanya. Bilang hari. Kalau ada hari yang dia tak pergi, mesti hari itu dia berduit sikit minum pagi di kedai Pak Rodi yang ada semua jenis surat khabar.

Bukan dia tak mahu beli, tapi rasa membazir juga nak belanja benda yang boleh dapat percuma. Seringgit setengah sehari kalau sebulan sudah empat puluh lima ringgit pergi ke surat khabar. Empat puluh lima ringgit tu baik dibuat bayar api dan air dari membeli benda sekejap pakai sekejap buang.

Hari ini dia ke kedai runcit lagi, menengok berita-berita dalam negeri.

Berita pasal video lucah kepala parti pembangkang tajuk besarnya. Tajuk berita saja sudah dekat sama besar dengan tajuk suratkhabar.

Usop geleng kepala perlahan. Hari ini hari sabtu. Dia ambil surat khabar yang saiz jumbo. Besar benar saiznya, lebih kurang sama besar saiz meja warung Pak Rodi.

Dia buka mukasurat paling belakang. Sehelai, sehelai.

Sampai ke muka surat yang dia cari. Di bahagian bucu surat khabar, Usop meniliti beria sungguh. Berkerut-kerut dahi. Kalau menengok dari kerutnya serupa macam membaca berita negerinya ini nak kene serang jepun lagi sekali.

Pap...

Usop jentik surat khabar.

Budak kerja kedai runcit pandang ke Usop.

"hah, belanja rokok sekotok bang usop," tegur budak kerja kedai runcit itu.

"Belanja mendenya, minum kawan pun tak lepas pagi ni," jawab Usop sambil lipat semula surat khabar lalu letak semula di tempat dia ambil tadi.

"Kawan memang nok beli dah nombor tiga tu, tapi kawan mikir ke nak minum teh, ni ha dua ringgit," Usop menunjuk wang syiling 50 sen ke budak kerja kedai runcit itu sambil berlalu keluar.

Wednesday 22 June 2011

Suci 1.3

"Peh, gila ah, dol.. Ni meh tengok ni.." Karim panggil kawan yang tengah ralit benar gayanya membaca akhbar tabloid sambil duduk silang kaki.

"Natang ape lagi, aku dok nengok mende-mende lucoh ni," Dolah bangun dari duduknya yang sedap pergi dekat . Akhbar tabloid itu digenggam sampai jadi abu. Karim menunjuk-nunjuk dengan jari ke skrin komputer. Beria sungguh.

"Guane aku nok bace, tunjuk gune keser tu doh la," kata Dolah sambil tampar jari telunjuk Karim dengan lebih-lebih akhbar yang dah jadi abu tadi.

Karim tersengih-sengih sambil pegang maus, lalu menunjuk ke benda yang dia nak tunjuk sangat tadi.

"Ni, perhimpunan Cuci ni gempak ni, 3 juta orang wo... Aku nak gi, aku nak gi..." jelas Karim pada Dolah, ser upa la kawan tu tak reth baca sendiri.

"Ni, perhimpunang nok mitok mende pulok," tanya Dolah bila menengok Karim macam dah terlupa nak turunkan page laman web tu.

"Ni, Khairul Ibrahim la, anak Ibrahim Bakar presiden Resakse tu nak mintak Kementerian undi, boleh mengundi guna sms, mengundi online, undian poll di fanpage fesbuk sah..." terang Karim panjang lebar. Mentang-mentang dah hafal.

Dolah terangguk-angguk dengar penerangan Karim.

"Buleh gi jugok ni," kata Dolah angguk tak berenti-renti, "Eh, mu umur berape doh?"

"24," jawab Karim tenang.

"baguh la tu, acu tera cek aku punya daftar mengundi doh masuk ke belung dekat fanpage fesbuk kementerian undi tu," kata Dolah.

Karim yang ralit membaca blog MalaysiaSkunkJuga berpaling memandang Dolah.

Karim tengok Dolah.

"Tengok aku bakpenye, bukok la," kata Dolah.

"Nak mengundi kene daftar ke," tanya Karim sambil tersengih-sengih garu kepala.

Dolah perlahan-lahan jalan mengundur berlalu dari belakang Karim terus ke peti ais. Di peti ais Dolah termenung sendirian.

Cakap budak Lanchang

Cakap budak Lanchang adalah sebuah laman blog yang baru daftar kelmarin. 20.6.11.

Blog ini dalam perangcangannya mahu diisi dengar cerita-cerita parodi politik negara kita.

Isu hangat dijenakakan sinis. Sampai ke tak pada pembaca, lantak la. Tapi dia punya sinis, setakat senyum kambing tu boleh lagi tapau.

Sekarang tengah hot aaa? Bersih kan? Ok.. Ok..

Tuesday 21 June 2011

Surat terbuka untuk perhimpunan bersih 2.0

Kepala,
Bersih 2.0,
Kolumpo.

Per :
Jaga kebersihan bandaraya kita.

Berhubung perkara di atas saya selaku blogger memohon pihak tuan agar mengarahkan para peserta perhimpunan agar menjaga kebersihan di sekitar kawasan perhimpunan.

2. Memandangkan jumlah peserta yang dijangka adalah ramai, kemungkinan besar cawan kertas, kotak dan puntung rokok, plastik keropok lekor, plastik cikedis, botol air, air liur, air fru, gas pemedih mata serta kulit dan kuku manusia tergeser di jalanraya bakal bersepah-sepah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak tuan agar barang-barang tinggalan tersebut clear atau dijadikan arca seni sebagai bukti perhimpunan yang menjadi sejarah negara.

3. Selain itu, bunga-bunga, daun, pokok serta perhiasan tepi jalan seperti meja kedai makan mamak, garisan parking, mesin tiket parking, ulat jaga parking dan sebagainya juga perlu dijaga.

4. Saya mencadangkan agar pihak kepala perhimpunan memberi arahan kepada peserta untuk melakukan khidmat komuniti di sekitar kawasan perhimpunan. Jika peserta adalah 300k, seorang kutip 2 sampah dan simpan dalam poket kiri dan kanan sudah 600k sampah berjaya diselamatkan.

Saya sebagai blogger berasa bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keindahan sekitar bandaraya tercinta. Besar harapan saya sekiranya pihak tuan dapat menjaga kebersihan di kawasan terbabit.

Sekian, cinta Kuala Lumpur.


Yang benar,

Mat,
Blogger Cakap budak Lanchang.

Monday 20 June 2011

Ibrahim Ali

Siapa Ibrahim Ali.

Dia kepala PERKASA, kependekan dari PERtubuhan Kekonon pendekAr malaySiA. Dia juga ahli parlimen terbuang di salah salah satu parlimen di Kelantan.

Seorang yang gemar bercakap macam orang gila talak. Tak sudah nak sembang pasal bangsa. Dia tu sembahyang jumaat pun entah 3 minggu sekali je. Itu pasal bebal macam budak kelas cempaka.

Kemungkinan besar dia juga adalah salah seorang ahli Al-Maunah yang tak sempat tamat belajar lalu gila isim jenis bangsa tak tentu pasal.

Selalu cari pasal dengan cina, mungkin berkait rapat dengan sejarah silam beliau yang gemar membeli tikam kuaci namun tak kena-kena di kedai Ah Wang, seorang cina tauke kedai runcit yang perasan melayu bila pelanggannya memanggil Awang.

Dendam beliau dengan kaum india pula mungkin berkait rapat dengan peristiwa beliau tersepak kaki seorang india ketika bermain yang menyebabkan beliau retak tulang keting sehingga ke hari ini.

Penglibatan beliau di dalam arena politik Malaysia (baca Mesia) bermula ketika era rejim Maha-dey, yang kesiankan beliau yang sering dilihat berucap hal-hal ketuanan seorang diri di restoran mamak dan masjid-masjid sekitar ibu negara. Bertitik tolak dari situ, beliau bermula dari bawah dengan menjadi tukang pasang speaker dan amp di ceramah-ceramah maha-dey selain bertugas mencari sub-kontrek penyedia karipap dan mee hoon mesyuarat selepas ketiadaan anwar ibrahim.

Perjuangan ketuanan bangsa ibrahim ali dijangka bakal menjadi sebutan dan tercatat dalam sejarah negara setelah pertukaran kerajaan kepada PKR lalu beliau menjadi pertubuhan pendesak yang gemar tunjuk perasaan selepas solat jumaat di sekitar ibukota. ISA yang sudah dibubar ketika itu menjadi kelebihan kepada pertubuhan mereka. Beliau ditangkap secara kuku besi ketika menunggang motosikal dan dituduh mat rempit.