Tuesday 21 June 2011

Surat terbuka untuk perhimpunan bersih 2.0

Kepala,
Bersih 2.0,
Kolumpo.

Per :
Jaga kebersihan bandaraya kita.

Berhubung perkara di atas saya selaku blogger memohon pihak tuan agar mengarahkan para peserta perhimpunan agar menjaga kebersihan di sekitar kawasan perhimpunan.

2. Memandangkan jumlah peserta yang dijangka adalah ramai, kemungkinan besar cawan kertas, kotak dan puntung rokok, plastik keropok lekor, plastik cikedis, botol air, air liur, air fru, gas pemedih mata serta kulit dan kuku manusia tergeser di jalanraya bakal bersepah-sepah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak tuan agar barang-barang tinggalan tersebut clear atau dijadikan arca seni sebagai bukti perhimpunan yang menjadi sejarah negara.

3. Selain itu, bunga-bunga, daun, pokok serta perhiasan tepi jalan seperti meja kedai makan mamak, garisan parking, mesin tiket parking, ulat jaga parking dan sebagainya juga perlu dijaga.

4. Saya mencadangkan agar pihak kepala perhimpunan memberi arahan kepada peserta untuk melakukan khidmat komuniti di sekitar kawasan perhimpunan. Jika peserta adalah 300k, seorang kutip 2 sampah dan simpan dalam poket kiri dan kanan sudah 600k sampah berjaya diselamatkan.

Saya sebagai blogger berasa bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keindahan sekitar bandaraya tercinta. Besar harapan saya sekiranya pihak tuan dapat menjaga kebersihan di kawasan terbabit.

Sekian, cinta Kuala Lumpur.


Yang benar,

Mat,
Blogger Cakap budak Lanchang.

No comments:

Post a Comment